Nuffnang Ads

Thursday, 4 September 2014

Nasi Tomato

Jika anda perasan apabila memasak nasi tomato, nasi baryani, nasi mandy dan lain-lain nasi kecuali nasi putih menggunakan periuk elekrik pasti dasarnya akan berkerak tebal serta hanggus. Nasinya pulak ada yang mentah dan hancur akibat selalu dikacau.


Set Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Dalca + Jelatah + Papadom

Selalunya anda akan menumis bahan tumis terus ke dalam rice cooker. Cuba anda tumis di kuali atau periuk dahulu dan baru dimasukan ke dalam rice cooker. Anda akan dapati dasar periuk TIDAK berkerak tebal dan hanggus.

Seletah nasi masak

Pes Nasi Tomato

Bahan²nya

3 bawang putih - hiris
5 bawang rose - hiris 1 inci halia - ditumbuk 
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji Buah pelaga 
2 biji Bunga cengkih 

1 sudu besar lada hitam
1 inci Kulit kayu manis 
2 kuntum Bunga lawang 

1 batang serai - di ketuk
2 biji tomato - dihiris
1/2 tin puri tomato
3 sudu minyak sapi / majerin / butter
2 sudu minyak masak
1/2 cawan kismis ( jika suka )


5 cawan beras - cuci dan toskan 
Garam secukup rasa 
Air ( sukat dengan cawan beras lebih kan 1 cawan contoh 5 cawan beras 6 cawan air) 

1/2 cawan susu cair 
garam
5 sudu air panas
Daun pandan disimpul 

Cara²nya 


1. Cuci dahulu beras dan toskan

2. Didihkan air dalam rice cooker dengan daun pandan
3. Panaskan kuali masukan minyak masak, minyak sapi / majerin / butter dan tumis bawang merah kecil / besar, bawang putih, halia, lada hitam, serai dan rempah hingga kuning dan naik bau.
3. Masukkan puri tomato dan tomato hiris kacau rata dan masak hingga naik minyak. Jadilah pes nasi tomato.
4. Ketepikan sebahagian minyak dari pes nasi tadi sebelum memasukan pes ke dalam rice cooker ( memasukan minyak yang berlebihan dari pes tadi akan mengakibatkan dasar periuk berkerak dan hangus. Untuk mengelakkan pembaziran, minyak tadi boleh dimasukan dalam proses membuat ayam masak merah ).
4. Apabila sudah mendidih masukkan beras.

5. Dalam bekas lain masukan garam dan kacau dengan air panas hingga larut kemudian masukan susu cair kacau rata dan ketepikan.
6. Apabila nasi telah kering, kacau nasi dan curahkan susu cair separuh tutup semula dan biarkan masak dalam 8-10 minit lagi barulah dikacau. Tuang lagi saparuh susu lagi dan masak lagi 5-8 minit lagi dan lepas tu baru di kacau ( Jika selalu dikacau akan menyebabkan nasi hancur dan tidak berderai )


Nasi berderai cantik hanya menggunakan beras murah jew
7. Taraaaaaa dah siap dan boleh dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca serta jelatah mentah juga papadom

Tips
Tidak digalakan meletak garam semasa menumis atau semasa air mendidih. Ia akan mengakibatkan nasi akan menjadi patah kecil dan tidak memanjang walaupun menggunakan beras basmathi.

Selamat mencuba! ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Kongsi Resepi.com