Nuffnang Ads

Wednesday 25 June 2014

Tauhu Udang - Menu Diet Atkins


Bahannya:-

300 udang - di buang kulit
3 - 4 biji telur
1 tiub tahu telur
2 biji bawang putih - dipotong kecil
2 biji bawang - dipotong kecil
10 - 15 biji cili padi merah ( ikut citarasa anda )
1 tangkai daun sup - dihiris kecil
Garam




Cara2nya:-

Masukan semua bahan diatas ke dalam blender

Blender sehingga hancur

Masuk dalam bekas panjang dan kukus 15 - 20 minit dan ketepikan

Panaskan kuali dengan minyak

Keluarkan tauhu tadi dari bekas

Potong ikut cita rasa anda

Bila minyak sudah panas goreng tauhu tersebut hingga kekuningan angkat dan toskaan

Sedia dimakan bersama sos Nando's atau SOS SALSA

Selamat mencuba! ;)







Friday 6 June 2014

Egg Muffin - Menu Diet Atkins




Resepinya:-

3 biji telur
1 sudu kecil lada sulah
Inti daging ayam ( RESEPINYA ) atau daging lembu ( RESEPINYA )
Daun sup
Keju

Garam


Caranya:-

Panaskan oven 
Pukul telur hingga kembang
Masukan sedikit telur dalam acuan muffin separuh dan bakar selama 5 minit
Keluarkan dari oven dan isikan inti daging yang disukai dan taburkan daun sup 
Masukan telur lagi hingga menutupi inti daging tadi dan letak cheese di tengah-tengahnya
Bakar lagi dalam 5-8 minit atau hingga masak

Selamat mencuba! ;)




Sedap dimakan bersama SOS SALSA

Tuesday 3 June 2014

Fruit Tart


Resepi Kulit Tart
Sumber Dari Pn Azlita

170gm butter atau marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
350gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.


Kastad
Sumber Kolej Komuniti Hulu Selangor

1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastad
50 gula halus
secubit garam

Satukan semua bahan dalam periuk
Kacau atas api sampai pekat dan ketepikan biar sejuk

Jelly

2 sudu besar serbuk jelly
1 sudu besar gula halus
3 sudu besar air panas

Satukan semua bahan dalam bekas
Kacau hingga gula larut dan ketepikan

Buah-Buahan

Strawberry
Kiwi
Anggur

Buah di potong kecil

Sedikit coklat - double boil kan

Sapu coklat pada kulit tart
Paipkan kastad yang telah sejuk
Susun buah di atas kastad
Kemudian sapukan jelly supaya buah tidak jatuh dan tart kelihatan berkilat


p/s Sedap dimakan setelah disejukan

Selamat mencuba! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Kongsi Resepi.com