Nuffnang Ads

Thursday 24 July 2014

Sambal Ikan Bilis + Tempoyak + Petai

Musim durian mesti ada petai..jatuh pula di bulan ramadhan aduhhhh sedapnyaaa dapat berbuka puasa dengan sambal ini bersama nasi panas..nasi sepinggan pun macam tak cukup dibuatnya huhuuhhuuhuhu


Sambal Ikan Bilis + Tempoyak + Petai


Bahan2nya - sukatan ikut suka
 

Ikan bilis
Cili padi (lebihkan jika suka pedas)
1biji bawang rose
1/2 biji bawang putih
1 biji bawang besar (potong bulat)
1/2 biji tomato (belah 5- 6)
2 sudu tempoyak

PetaiGaram

Cara2nya


Tumbuk cili bersama garam hingga lumat 


Kemudian masukkan bawang rose dan bawang putih tumbuk lagi hingga lumat dan ketepikan


Goreng ikan bilis hingga goreng
 dan ketepikan

Goreng bawang besar anggat dan ketepikan

Goreng petai sekejap saja anggat dan ketepikan

Tumis cili + tomato dengan minyak lebih mengoreng bawang, petai dan ikan bilis

Bila dah sedikit garing masukkan tempoyak ...gorengkan hingga masak
Masukkan ikan bilis dan bawang besar yang telah di goreng terlebih dahulu tadi
Perasakan dengan garan dan pak aji jika suka

p/s sedap dimakan dengan nasi panas2


Selamat mencuba! ;)

Tuesday 8 July 2014

Bergedil Atkins - Menu Diet Atkins

Bosan dengan menu diet anda?...Jom kita cuba buat bergedil Atkins.. Orang yang tak berdiet pun boleh juga mencuba membuatnya.

Memang serupa bergedil kan.... tapi rasanya berbeza tau
Resepi ini datangnya dari kawan yang buat diet Atkins juga. Boleh la kita share sama-sama ye. Sukatan ikut suka anda la nak buat sikit atau nak buat dalam kuantiti banyak...

Bahan2nya:-

Bunga kobis - dipotong kecil dan direbus hingga lembut  ( kalau rebus perah bagi air keluar kalau tak nanti goreng berderai ) atau kukus
Daging kisar ayam/lembu - digoreng tanpa minyak utk buangkan air
Cili api ( jika suka )
Sudu kecil lada hitam - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Bawang rose - ditumbuk
Daun sup - dihiris nipis
2 biji telur
Garam

Cara²nya:-

Campurkan kesemua bahan diatas KECUALI telur.

Dah sebati masukan sebiji telur KUNING SAHAJA.

Lebihan telur putih dan 1 biji telur lagi dipukul dan taruk garam sedikit.

Panaskan kuali dan minyak.

Bentukkan adunan tadi dan celup dalam telur kemudian terus masuk dalam minyak panas.

Biarkan masak 10 minit dulu baru terbalikan. JANGAN kerap terbalikan begerdil, khuatir akan pecah semasa mengoreng.


Saturday 5 July 2014

AS BEAUTY Improved Formula Soap

Photo: As Beauty Improved Formula Soap.
Yang besar tu utk Set Penuh & Yang kecil tu utk set percubaan bersama Embossed logo As Beauty. Cute kan! ^_^
Sabun Vitamin C ( Hijau ) & Vitamin E ( Kuning )
dengan logo AS BEUATY

Photo: As Beauty Improved Formula
Formula diperbaiki, untuk kesan lebih lagi! ^_^ 
Didatangkan dengan inner plastik yang lebih tahan lasak.
Yang ini set trial, Vitamin E & C.
Sabun 20gram
Krim 7gram
Harga RM50sm / RM55ss
Mula berada di pasaran awal bulan Julai nanti, Insya Allah..
Packing juga baru Set Penuh & Trial Pack 
Apa itu AS Beauty?
Untuk mengetahuinya dengan lanjut sila klik

 SINI

Photo: Improved Formula Aromatherapi Vitamin E soap. 
75 gram. Harga RM45sm / RM47ss
Cepat dapatkan segera.
Untuk batch pertama ini, stok agak terhad! ^_^

Improved Formula Soap 75gm RM 45 



Cepat-cepat order, untuk batch pertama ini stok agak terhad!!

dapatkan segera
Photo: Untuk Improved Formula, harga masih sama seperti set lama.
RM120sm / RM125ss

Sabun Vitamin C
diperkaya dgn vit c, anti penuaan beserta sitrus yg bertindak sebagai ejen pemutihan semulajadi. Utk merawat pigmentasi, jeragat serta noda2 hitam dan sesuai utk penjagaan kulit yg lebih matang dan kering diformulasi dgn pelembap semulajadi.

Sabun Vitamin E
diperkaya dgn vit e, anti penuaan serta aroma rose yg memberikn emosi yg ceria dan segar. utk menangani jerawat juga dipakai untuk penjagaan kulit yg lebih muda.

Krim malam / Krim siang
Penambahbaikan dengan agen aktif utama alpha arbutin yg merawat/memudar parut hitam dan antiseptik pada jerawat.
Set Besar Sabun Vitanim C ( Hijau ) & Sabun Vitamin E ( Kuning) RM120

call / whatsapp

IJA



H/P: 012 2710227




email / fb : intanjuleana@hotmail.com


Penghantaran dibuat setiap hari ke seluruh Malaysia dengan

Thursday 3 July 2014

Ramadhan Salad - Menu Diet Atkins


Bahan²nya:-
Daun salad ( ikut suka nak jenis mana pun )
Bawang holland / bawang merah besar - dihiris nipis
Tomato ceri - belah 4
Timun Jepun - potong memanjang
Cili besar ( jika suka ) - potong ikut suka
Jagung tongkol ( lebihan beli pasar malam huhuhu )
Mayonaise kewpie
Olive oil
Garam


Carb
100ml - 1.8 (g)
15ml - 0.3 (g)

Cara²nya:-

Gaulkan semua bahan di atas dan disimpan dalam peti sejuk

Boleh dimakan bersama ikan/ayam/daging grill dan SOS SALSA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Kongsi Resepi.com