Nuffnang Ads

Wednesday, 24 September 2014

Air Asam - Menu Diet Atkins

Nak dijadikan cerita suatu hari bapa mertua saya telah menyalai ikan sungai yang dijalanya pagi hari berkenaan.. saya mengambil kesempatan tumpang sekaki dengan menyalaikan ikan keli menu diet saya akan tetapi air asam tidak saya sediakan disebabkan saya mengamalkan diet low carb - diet atkins.

Air asam biasa menggunakan kicap, bawang dimana kandungan karbohiratnya tinggi dan terdapat karbohirat tersembunyi didalam perahan limau kasturi / nipis mahupun asam jawa.

Disebabkan tidak ada air asam untuk dicicah bersama ikan keli salai tadi adik ipar dengan tidak sengaja telah mencipta resepi simple ini akan tetapi ianya tidak memenuhi selera tekak beliau...air asam ini hampir dibuang olehnya tetapi ditegah oleh saya dari berbuat demikian.

Saya bertanyakan bahan-bahanya yang beliau digunakan untuk menghasilkan air asam ini, beliau memberitahu salah satu bahanya adalah gula... oh no! gula tidak boleh diambil semasa dalam diet ini.... itu pasal lah air asam tidak dibenarkan sebabnya ada air asam menggunakan gula sebagai perasa tambahan selain terdapatnya karbonirat tersembunyi...

Hrmmm tak rasa rugi...baunya mengancam plak tu! disebabkan perasan nak rasa saya ambil juga lalu dicicahkan bersama ikan keli salai tadi

Perrggghhhh pedasss n sedap!! Hehheeh nyata hari tersebut dikira cheat day....... laa laa laaa laaa

Disebabkan rasanya yang sedap, simple dan sangat senang jadi saya telah tukarkan kepada version diet atkins dimana saya telah mengantikan gula kepada stevia...

Asyik sos salsa saje naik muak juga kan hehehhe.... Jom kita cuba2 resepi ini


Bahan2nya:-

Cili padi ( ikut suka nak pedas letak la banyak ) - ditumbuk
1 biji bawang putih - ditumbuk
1 biji kecil bawang merah / rose - ditumbuk
1/2 biji tomato - dipotong dadu
Stevia 1-2 sudu kecil ( sudu kfc ) @ 1-2 peket equal stevia
3 - 5 sudu cuka apple
Duan kesum ( daun masak asam pedas / laksa ) - dihiris nipis
Garam

Cara2nya:-

Gaulkan semua bahan di atas hingga sebati dan siap di hidangkan

P/s disarankan untuk membuatnya dalam kuantiti yang banyak....simpan dalam peti ais....nak makan terus ambil saja tak payah nak tunggu lagi

Ketahanan tidak diuji... selagi elok makan lah ye


Selamat mencuba! ;)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Kongsi Resepi.com