Nuffnang Ads

Tuesday 27 January 2015

Gulai Lemak Kulit Lembu

Selain dimakan begitu saja, keropok kulit lembu juga boleh dibuat masak gulai lemak. Rasanya seperti makan lemak daging lembu atau tetel. 

Kalau orang negeri sembilan dah biasa akan menu ini sebegini...tapi mereka guna kulit lembu segar dimana jika ada kenduri kahwin pasti ada lembu yang tumbang... seekor lembu itu macam-macam boleh buat.. dari kepala hingga lah ke kaki...

Proses untuk membuat gulai kulit lembu yang segar agak remeh...dimana kulit kena salai..lepas salai kena kikiskan bulu dan rendam lepas tu jemur... pergghh memori yang tak leh dilupakan semasa zaman kanak-kanak. 

Kalau di KL carilah masakan Padang. Macam-macam menu esotik yang boleh dicuba seperti Gulai Lemak Usus, Gulai Lemak Tunjang, Gulai Lemak Tembusu, Gulai Lemak Lidah, Gulai Lemak Otak dan lain-lain lagi... hehehe lalu x lalu saja nak makan kan...Esotik sungguh makanan orang Padang, Indonesia.

Kebetulan pula saya berkahwin dengan orang Kerinchi, Padang. Jadi menu seperti ini sudah biasa untuk dimakan. 

Jom cuba resepi Gulai Lemak Kulit Lembu. 

Gulai Lemak Kulit Lembu

Bahan Utama - Keropok Kulit Lembu
Boleh Juga Menggunakan Kulit Lembu Segar Jika Ada



Bahan²nya:-

Beberapa kulit lembu yang dah goreng - 
Bagaimana nak dapatkan kulit lembu ini sila klik ----> SINI
10 - 15 biji kecil padi kampung ( jika ingin pedas tambahkan lagi cili padi )
1 biji bawang merah kecil  - ditumbuk
1/2 biji bawang putih - ditumbuk
1 inci kunyit hidup - ditumbuk

300ml santan pekat ( jika anda pengamal diet atkins sila guna santan kotak yang rendah karbo ) 
200ml air
1 biji kentang ( abaikan jika anda pengamal diet atkins )
3 - 4 helai daun salam
Garam
Ajinamoto ( jika suka )


Kelihatan Keropok Kulit Lembu Belum Kembang Sepenuhnya

Cara²nya:-



Masukan 100ml santan + 100 ml air beserta bahan-bahan yang telah ditumbuk, kentang, keropok kulit lembu dan daun salam.

Renehkan hingga kentang lembut dengan menggunakan api perlahan.

Tambahkan 100ml air dan 200ml santan, garam dan perasa.

Keropok kulit lembu akan memgambang dan mengeringkan kuah. Jika terlampau kering tambah air mengikut keingin anda. Jika mahu pekat tambah lg santan dan sebaliknya.

Masak hingga keropok betul-betul kembang.

Sedia dihidangkan

Tuesday 13 January 2015

Ikan Salai A.K.A Smoked Fish


Dapur Tempat Menyalai

Menyalai Ikan Sungai




Ikan Kelai

Kerja-Kerja Menyalai Memakan Masa Lebih Kurang 8 Ke 9 Jam




Ikan Keli Yang Sudah Siap Disalai
Sedia Dimakan Begitu Shaja Atau Dimasak Sambal Atau Gulai Lemak Rebung Dan Sebagainya

Ayam Yang Sudah Disalai
Sedia Dimakan Begitu Shaja Atau Dimasak Sambal Atau Gulai Lemak





Sebarang pertanyaan, penempahan sila hubungi:- 

email : intanjuleana@hotmail.com

sms / whatsapp etc

IJA
H/P: 012 2710227

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Kongsi Resepi.com