Nuffnang Ads

Tuesday 27 May 2014

Tarragon Chicken - Menu Diet Atkins

Setelah Di Grill

Bawang Ditumbuk Halus Dan Lain2 Bahan Digaul Dalam Batu Lesung

Resepi:-


1/2 ekor ayam - dipotong 8
1 biji bawang rose - ditumbuk
2 biji bawang putih bakar - ditumbuk
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu besar cajun
1 sudu besar tarragon
1 sudu besar rosemary
1 sudu besar mix herbs
1 sudu besar minyak olive
2 sudu besar butter
Garam

Bahan2 Tadi Digaul Rata Pada Ayam Dan Diperap

Cara²nya:-

Perap ayam dengan semua bahan di atas selama 1/2 jam dan seelok2nya semalaman.

Panaskan Magic Pan dengan butter dan grillkan ayam hingga masak.


Sayur

Brokoli
5 tangkai cili padi
5 hirisan bawang Holland
1 biji Bawang putih

Caranya:-

Lebihan minyak mengrill ayam tadi jangan dibunag sebaliknya buat minyak untuk menumis sayur ini.

Garamkan dan sedia dihidangkan bersama ayam tadi.

Jangan lupa cicah dengan SOS SALSA


Selamat mencuba! ;)


Simple Salad - Menu Diet Atkins

Sangat Simple

Bahan²nya:-

Daun salad ( jenis pokok / bulat suka hati )
Beberapa biji tomato ceri ( bagi pengamal diet Atkins sila ambil dalam kuantiti kecil )
1 sudu besar Apple Cider Vinegar
Mayonise Thousand Island ( Jenama Kewpie )
4- 5 sudu besar stok ayam yang terhasil dari membakar Roasted Chicken Black Pepper.

Cara²nya:-

Daun salad dipotong kecil begitu juga dengan tomato dan gaulkan

Sudukan beberapa sudu stok ayam yang telah dibakar terlebih dahulu

Picitkan mayonise mengikuti citarasa anda

Tak perlu letak garam, kerana garam dari stok ayam yang di bakar sudah memadai

Kalau tak terasa letaklah sikit

Resepi Roasted Chicken Black Pepper sila klik DISINI


Selamat mencuba! ;)

Black Pepper Roasted Chicken - Menu Diet Atkins


Stock Ayam Terhasil Dari Pembakaran Dalam Oven

Resepi:-
1/2 ekor ayam - dipotong 8
1 biji bawang rose - ditumbuk
2 biji bawang putih bakar - ditumbuk
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu besar cajun 
1 sudu besar mix herbs
1 sudu besar minyak olive
2 sudu besar butter
Garam

Cara²nya

Perap ayam dengan semua bahan di atas kecuali butter selama 1/2 jam dan seelok2nya semalaman.

Panaskan oven

Bakar ayam dalam oven selaps 15 minit masukan butter pada ayam dan bakar hingga ayam masak.

Makan bersama SOS SALSA eerrrmmm sedapnyaaa hheheheh

Selamat mencuba! ;)

Tuesday 20 May 2014

Egg Tart


Resepi Kulit Tart
Sumber Dari Pn Azlita

170gm butter atau marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
350gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.



Resepi Kastad
Sumber Olahan Dari Beberapa Resepi Yang Telah Dibuat

4 biji telur
100gm gula halus
150 ml air panas
250 ml susu full krim ( susu kotak dutch lady je )
1 sudu makan tepung kastard
2 titik pewarna kuning telur
secubit garam

Cara²nya:-

Masukan gula di dalam air panas dan kacau hingga larut.

Masuukan susu dan kacau

Dalam bekas lain pukul telur dan masukan ke dalam aduanan susu

Masukan esen vanila dan pewarna kuning telur kacau rata

Tapiskan dan ketepikan

Panaskan oven

Doh ditekan dalam acuan pilihan

Tuang kastad ke dalam pastri sehingga penuh

Bakar dalam oven 180c selama 30 minit

Biarkan sejuk, guna pencungkil gigi untuk umpil tart keluar


Saturday 17 May 2014

Sos Salsa - Menu Diet Atkins

Makan ayam grill atau apa saja tanpa sos cili memang macam tak kena...memandangkan saya ber diet atkins apa sahaja sos yang ada di pasaran yang mengandungi karbohirat yang tinggi tidak boleh saya ambil kecuali sos nando's.. kalau hari-hari sos yang sama boring juga kan..mujur kawan se diet memberi resepi sos salsa...jom kita cuba untuk mengetahui rasa nya..

Sos Salsa

Resepinya:-

1 biji tomato sederhana besar - di buang biji dan dicincang
1/4 cawan extra-virgin olive oil
3 sudu besar daun basil segar- dicincang
1 sudu besar cuka apple ( kalau boleh yang organik )
1 labu bawang putih - dicincang
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar cili pes ( cili padi kalau sape nak pedas )

Caranya:-

Tumiskan semua bahan di atas di dalam kuali hingga masak.

Sedia di hidangkan


Selamat mencuba! ;)

Chicken Patties - Menu Diet Atkins

Daging Ayam

Resepi Burger Daging Ayam:-

Dada ayam dari seekor ayam - dipotong kecil
4 biji bawang putih - dipotong kecil
2 biji bawang merah rose - dipotong kecil
2 biji telur 
sudu lada hitam - ditumbuk kasar
2 sudu butter atau majerin
Minyak masak, olive atau butter
Garam


Cara²nya:-

Pecahkan telur didalam bekas blender

Masukan bawang, garam dan di akhiri dengan dada ayam yang di potong kecil

Blender isi ayam hingga hancur

Keluarkan dari blender 

Masukkan butter atau majerin, gaul sebati

Basahkan tangan supaya senang membentuk isi ayam tadi

Bentukan bulat dan nipis, lakukan hingga habis 

Menggunkan non stick pan panaskan butter atau olive terlebih dahulu dan grill hingga masak

Selamat mencuba! ;) 



Beef / Lamb Patties - Menu Diet Atkins

Daging Lembu


Resepi Daging Burger Lembu / Kambing:-

300gm daging Lembu / Kambing - dipotong kecil
3 biji bawang putih - dipotong kecil
2 biji bawang merah rose - dipotong kecil
1 biji telur 
10 biji cili padi - ditumbuk hancur
1 sudu besar thyme
1 sudu besar Cajun
1 sudu besar butter atau majerin
Minyak masak, olive atau butter
Garam


Cara²nya:-

Pecahkan telur didalam bekas blender

Masukan bawang, garam dan diakhiri dengan daging

Blender daging hingga hancur, keluarkan dari blender

Masukkan thyme, Cajun butter atau majerin, gaul sebati

Basahkan tangan supaya senang membentuk isi daging tadi

Bentukan bulat dan nipis, lakukan hingga habis 

Panaskan non stick pan dengan butter atau olive terlebih dahulu dan grill hingga masak

Selamat mencuba! ;) 







Keropok Kulit Lembu A.K.A Keropok Jangek

Kepada mereka yang mengamalkan diet Atkins seperti saya ini.... Hanya keropok kulit lembu yang diboleh makan untuk kudapan betul tak..heheheh

Tahukah anda memakan keropok kulit lembu dapat meredakan sakit gistrik.. ini kerana keropok kulit lembu mempunyai kepingan yang nipis dapat membantu menampal luka-luka kecil di dalam perut dan usus yang luka... Kenapa tak percaya? Maka mereka yang ada gistrik dan telah makan keropok ini akan tau akan keberkesanan nya

Hal ini terjadi pada suami saya dan beliau telah berkongsi dengan saya akan keselesaan beliau setelah memakanya....
Rasanya sedap!! Jom Cuba

Selain dimakan sebagai kudapan. Keropok ini boleh dibuat gulai lemak dan steaw. Untuk resepi gulai lemak klik SINI 


Nak beli dan merasainya sendiri hubungi saya ye....



RM 2.80 Sebungkus 

Terdapat juga dalam bentuk yang belum di goreng

1 bungkus 200gm RM18


Rupa Keropok Kulit Lembu dari dekat

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di:-

email : intanjuleana@hotmail.com

sms / wasap

Juleana Ahmad

+ 6 012 271 0227





Penghantaran dibuat setiap hari ke seluruh Malaysia dengan





Wednesday 14 May 2014

Oopies Bread - Menu Diet Atkins




Resepinya:-

4 biji telur
100gm cheese cream tatura
1 sudu teh cream of tatar leh ganti dengan 1 sudu kecil perahan lemon/limau nipis
Daun pasli kering 
Garam

Cara²nya:-

Asingkan putih dan kuning
Pukul putih telur dengan cream of tatar hingga meringue ( bila terbalikan mangkuk adunan tak jatuh )
Dalam mangkuk lain pukul kuning telur dan cheese hingga sebati 
Masukan garam dan dau  pasli
Satu kan adunan putih telur dan kuning telur dengan spatula hingga sebati
Panaskan overn 170c 
Dalam dulang muffin lengserkan dengan sedikit butter atau minyak x perlu letak kertas
Sedukankan adunan dan masukan dalan dulang muffin
Bakar 10-15 minit atau hingga kekuningan

Selamat Mencuba!









Chicken Meatballs With Cheese - Menu Diet



Resepinya:-

Dada ayam dari seekor ayam - dipotong kecil
2 biji bawang putih - dipotong kecil
1 biji bawang merah rose - dipotong kecil
1 biji telur 
sudu lada hitam - ditumbuk kasar
Cheese - ikut suka
Minyak masak, olive atau butter
Garam


Cara²nya:-

Pecahkan telur didalam bekas blender

Masukan bawang dulu dan diakhir dengan garam

Blender isi ayam hingga hancur

Basahkan sedikit dengan air supaya senang membentuk isi ayam tadi

Bulatkan dan letakan cheese di tengahnya dan bulatkan kembali

Lakukan hingga habis 

Boleh digoreng deep fried atau di grill

Jika di grill panaskan butter atau olive terlebih dahulu dan grill hingga masak


Selamat mencuba! ;) 

Tuesday 13 May 2014

Blueberry Cheese Tart

Hasil Setelah Masuk Kelas


Semasa Dalam Kelas KKHS

RESEPI PERTAMA
Sumber Pn Azlita Aziz

 170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah. 


** Jue telah tambah 2 sudu makan susu cair.. masukkan ke dalam adunan bersama telur dan putar

Burger Diet - Menu Diet Atkins

Boring dengan menu yang sama untuk anda yang mengamalkan diet Atkins...Disini saya sertakan resepi burger yang amat sedap sekali...jom cuba!

Burger Diet Atkins
Untuk resepi roti burger klik DISINI

Daging Ayam

Untuk resepi chicken patties klik DISINI

Daging Lembu

Untuk resepi beef / lamb patties klik DISINI

Setelah Di Grill
Kanan Beef Patties, Kiri Chicken Patties



Hiasan dalam burger

Sedikit hirisan tomato
Sedikit Mayo Kewpie ( thousand island atau biasa )
Salsa sos ( buat sendiri ) atau Nando's sos extra hot
Cheese ikut suka 

Setelah semua bun dan patties sudah ada boleh lah di susun seperti membuat burger

Selamat Mencuba! ;)

Thursday 8 May 2014

Pemenang-Pemenang AS Beauty Contest 2014

Biar gambar berbicara tak perlu berkata apa-apa

Pemenang Pertama -Suhairah Jani
Kebanyakkan org suka sesuatu yg cantik2..

Walaupun bukan kesemuanya tp ungkapan tu membuat aku mudah merasa rendah diri, tidak yakin bila berhadapan dgn org lain serta mudah tersentuh emosi..
Ini semua gara-gara kulit wajah yang bermasalah..
Kulit berminyak, berjerawat, tona tidak sekata serta pori2 yg besar..
Namun, kini tidak lagi...
Semuanya atas pertolongan AS Beauty yg diperkenalkan oleh adik saudara..
Sehingga kini aku setia menggunakannya dan terus setia selama2nya..
Terima kasih AS Beauty..

Pemenang Kedua - Nik Nor Syafirah
Saya memang mempunyai masalah muka sejak sekolah menengah lagi. Sudah bermacam-macam jenis produk kecantikan, ubat-ubatan yang telah saya gunakan, tapi semuanya menjadi hanya untuk sementara, sampai jemu untuk mencuba merawat masalah saya ini 

Suatu hari, salah seorang sepupu saya mengesyorkan untuk menggunakan set percubaan As Beauty, pada mulanya saya ragu-ragu kerana sudah pasrah. Tetapi selepas saya bertanya kepada admin dan saya mencuba bermula Disember 2012 dan terus menggunakan produk ini sampai sekarang, alhamdulillah dengan izinNya kulit muka saya tiada lagi jerawat yang sampai membengkak di pipi, mulut saya suatu ketika dahulu 
Saya juga berasa lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang di sekeliling dan juga tanpa alat solek untuk kulit muka saya.

Terima kasih Ya Allah, kepada sepupu saya dan juga produk As Beauty..
 


Pemenang Ketiga - Mya Evans
Masih ku ingt sj htam stahun lbeh yg lalu dlm hdupku... aku sering dihina, dilemparkan dgn bmcm2 kata yg myakitkan hati oleh p.cik m.cik ku serta org skeliling hanya disebbkan kulit wajahku yg sungguh menjijikkan pada pandangan mata mereka. Sdgkan mereka tak pernah tau, tak pernah selidik apa punca wajahku jd bgtu truk shngga adakalanya jerawat bnanah timbul di muka ku. Sbnarnya, aku mgalami masalah resdung yg mberi ksan pada wjahku bila tsilap mkn. Pelbgai usaha aku tlah lakukan tmsuk lah pergi ke pusat rwatan kcntikan untk buat facial muka. Tp hasilnya, muka aku mjdi truk. Shnggakan bila pegi ke sek kwn2 tgur `e, kenapa merah2 muka? E, kenapa jerawat mken byk? E, awk picit ke?`. Sana sni kritikan aku dgar. Aku tpksa pekakkan telinga sdgkan hati hanya tuhan yg tau sakitnya, peritnya. Mash segar lg diingatanku sewaktu raya tahun 2012 yg lalu. Pada pg raya, memg mjdi kbiasaan keluarga bsarku untk mgambil gmbr stiap ahli keluarga. Slpas tu, p.cik aku akan transferkan gmbr di kaca tv untk tatapan smua keluarga bsarkan. Yang malang sngt bg aku, bila gmbr aku di zoomkan shgga menampakkan jerawatku yg bnanah, serta penuh 1 muka dan dijadikan bhan gelak ketawa. `eh angah, muka kau menggerutu mcm tar. Hahaha` . Tu lah antara dialog yg pleng myakitkan hatiku. Kdg2 aku smpai malu nk keluar bilik, keluar rumah. Bkn apa, tkot diejek. Namun, sgala2nya brubh. 1 hari aku diperknalkn oleh m.ck ku sndri tntg as beauty. Aku search di fb. Akhrnya ku jumpa. Ingt lg, kali ptama aku odr trial set dgn kak dayana. Alhamdulillah, 3hari pkai, kwan ckp muka bseri even jrawat tetap ada. Hari dmi hari blalu. Kulitku btmbh baik. Btambh cntik. Shngga ramai kwan2ku , p.cik dan m.cik ku memuji. Syukur alhamdulillah aku dipertmukan dpn As Beauty. As Beauty memg x pernah aku lupakan..

Pemenang Keempat - Nieta Chem
Terima kasih sangatII AsBeauty !! Dulu saya atlet sukan , kulit muka mmg terbakar teruk + pulak dengan jerawat mmg penuh muka . Selepas jumpa AsBeauty , kulit muka saya berubah , semakin cerah , dan jerawat pon xda dah sekarang !! Kalau nak bg org percaya mmg susah kan , tapi hanya orang yang kenal saya mmg terkejut dengan perubahan muka saya sekarang ni !! Saya xharapkan kemenangan contest 2014 ni pon tapi just nak share perubahan muka saya sekarang !! AsBeauty mmg terbaikk !!

Pemenang Kelima - Nid Nad
Mula guna as beauty masa zaman diploma tahun 2011, masa zaman2 baru nk pndai jaga muka. dulu2 muka gelap, kusam n kulit xsekata pastu jerawat2 halus mmg byk. lepastu suka mekap tebal2 konon2 biar xperasan, tp lepas guna asbeauty, bkn sy je, rmai yg perasan perubahan. sejak tu loyal dgn as beauty smpai skrg. klua skrg xde bedak xde foundation, pakai krim siang, calit liptint sikit-jalan. jimat kos kosmetik gua. hikhik. lepas sorang2 kena hasut suh try, family dr ayah atok nenek kakak adik smua pakai, xcukup ngan tu, kwn2 dari diploma uitm n skg ke degree unikl pn cuba, lps sorang2 minat nk cuba sbb tgk perubahan yg superb. (nmpk x permainan kt situ, klu xnmpk kesan xde ler ramai2 nk cuba ye dak?)n ramai jugak yg ckp xpnh jumpa produk yg gila best kesan dia mcm ni, 2 minggu je, 2 minggu je dh nmpk muka artis korea kat cermin, yg ala ala baby face gitu (tp yg ni natural tau, xpyh surgery ). hehe. semoga asbeauty terus sukses, n pengguna smua, spread the love! jgn cntik sorang2 je okies! btw gdluck to all contestant!! ^^,)

Lagi testimonial AS Beauty klik disini dan disini

Apa itu AS Beauty? Untuk mengetahuinya dengan lanjut sila klik di SINI


Orang disekeliling anda sudah cantik, anda masih lagi menunggu nak buat keputusan


Apa tunggu lagi cepattttt

sms / whatsapp etc

IJA
H/P: 012 2710227

email : intanjuleana@hotmail.com









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Kongsi Resepi.com