Nuffnang Ads

Monday 31 March 2014

Donat Gebu

Menggunakan Gula Snow Duster

Alhamdullilahhh....syukur 1st time membuat donat terus menjadi setelah mengikuti Kursus Pembuatan Donat pada 22.03.2014 di KKHS

Rasa seperti makan Donat Big Apple or Dunkin Donuts la..
Jom tengok hasilnya...sangat-sangat berbaloi


Setelah Uli Rehatkan

Sedang Mengembang

Goreng Mengunakan Api Kecil 

Menggunakan Gula Snow Duster


Filling Strawberry Dan Blueberry

Bedak Dengan Coklat Putih Dan Peanut 

Jom tengok jadual kursus diKOLEJ KOMUNITI berhampiran anda sehingga bulan Jun 2014

Sedia menerima tempahan 

Di sini saya sertakan resepi yang diberikan cikgu saya semasa berlajar membuat donat di KKHS



Selamat mencuba !






Friday 28 March 2014

Kek Gula Hangus


My 1st trial Kek Gula Hangus

Mengaplikasikan pembelajaran pada 15.03.2014 Kursus Pembuatan Kek Gula Hangus


Kek baru keluar dari loyang dan masih panas

Imad berposing dengan kek mummy...menemani mummy bakar kek dan tak sabar imad nak makan kek ini walaupun telah lewat malam kakak anim yang beria nak tunggu tp imad yg berjaya bertahan 
Sedia menerima tempahan 

Jom tengok jadual kursus diKOLEJ KOMUNITI berhampiran anda sehingga bulan Jun 2014

Disini saya sertakan 2 jenis resepi Kek Gula Hangus. Jadi kena buat kedua-dua resepi ini untuk tahu yang mana sedap....huhuhuhu


Resepi Pertama

Resepi Kedua

SELAMAT MENCUBA!



Wednesday 26 March 2014

JADUAL KURSUS PENDEK BAGI BULAN APRIL 2014 DI KOLEJ KOMUNITI SELAYANG





ATAU

Untuk mengetahui senarai kursus pendek Kolej Komuniti Seluruh Negeri Selangor pada setiap bulan, sila ikuti langkah berikut:
  • Layari sistem online ePSH
  • Masukkan no kad pengenalan
  • Klik butang 'Hantar'
  • Klik Senarai Kursus Jangka Pendek
  • PILIHAN NEGERI = SELANGOR
  • Pilihan Kolej = Kolej Komuniti Hulu Selangor
  • Pilihan Bulan = <pilih bulan semasa>


Wednesday 19 March 2014

Periksa Sendiri Pengambilan Gula Dalam Setiap Hidangan Anda

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. 

Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

sumber di petik dari efarmasi



Klik di SINI mengetahui jumlah pengambilan karbohirat / kanji dalam setiap hidangan yang anda nikmati.


"Anda Merupakan Apa Anda Pernah Makan"

Masalah kencing manis yang anda dapat sekarang adalah berpunca daripada makanan yang anda telah makan sejak bertahun-tahun lepas. Kencing Manis BUKAN satu penyakit, ia cuma merupakan satu simptom atau tanda bahawa badan anda sudah menjadi semakin berasid.

Kalau kencing manis itu merupakan satu penyakit seperti selesama atau wabak, ia patut sudah lama menjangkiti ahli keluarga anda. Hakikatnya, diabetes tidak menjangkit! Diabetes bukan disebabkan oleh virus atau bakteria! 

Untuk tujuan pengawalan paras gula dalam darah (khasnya selepas makan), anda memang perlu ambil ubat-ubat tersebut untuk kurangkan keradangan dan kesakitan, tetapi anda tidak boleh bergantung kepada ubat-ubat tersebut buat selama-lamanya. Ini adalah kerana ubat-ubat kimia tersebut mungkin menimbulkan kesan sampingan di mana doktor sendiri pun belum tahu lagi.

sumber di petik dari rawatan kencing manis

Apa yang penting jaga pemakanan anda. Kurangkan makanan berkanji dan manis lebih elok JANGAN ambil terus gula walaupun dalam buah. Lebihkan sayur.


Untuk petua diabetes @ kencing manis yang lain klik di SINI




Kursus Pendek Sepanjang Cuti Sekolah Di Kolej Komuniti Selayang

Dapatkan jadual Kursus Pendek yang akan dijalankan sepanjang Cuti Sekolah yang akan bermula tidak lama lagi.

Tempoh Kursus pendek Cuti sekolah : 
24 -27 Mac 2014

Lawati FB Rasmi Pembelajaran Sepanjang Hayat KKSY :
Psh Kksy


Jadual adalah seperti yang berikut :
untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-61201267


Tuesday 18 March 2014

Murtabak Telur - Menu Diet Atkins


Bahan²nya:-

300gm daging lembu - dicingcang atau beli siap
1/2 biji bawang holland - di potong dadu
1 biji bawang putih - dicincang
1 potong halia - dihiris nipis
3 sudu serbuk kari
Cili padi - ditumbuk jika suka pedas tambahkan lagi jika tidak suka pedas abaikan
Kobis -  hiris nipis
3 biji telur
Minyak 
Garam
Perasa jika suka

Untuk resepi lain bagi inti boleh juga guna resepi Inti Daging Lembu atau Inti Daging Ayam

Cara²nya:-


Panaskan kuali dan minyak

Tumis bawang, halia dan cili hingga naik bau

Masukan serbuk kari, kacau rata hingga naik minyak 

Masukan daging lembu dan masak hingga empuk dengan api sederhana perlahan serta terbit minyak

Masukkan garam dan perasa ketepikan

Dalam bekas lain Pukul 2 biji telur hingga kembang dan ketepikan

Dalam bekas lain pecahkan 1 biji telur dan pukul hingga kembang masukan hirisan kobis dan inti dan ketepikan

Panaskan kuali non stick dan masukan telur buat seperti kulit kuih ketayap

Letak inti di tengah² dan lipat seperti murtabak serta ketepikan

Lakukan hingga habis

Setelah selesai panaskan sedikit minyak dalam kuali tadi dan goreng semula murtabak tadi hingga kekuningan dan garing.

Selamat mencuba! ;)


Friday 14 March 2014

Dory Fish Fingers @ Jejari Ikan Dory - Menu Diet Atkins




Bahan²nya:-
Ikan Dory -  di potong serong ( beli kat tesco 1 pek rm 6.00 harga promosi )
1 sudu besar lada hitam - di tumbuk kasar
2 biji bawang putih - ditumbuk lumat
1 biji bawang merah - di tumbuk lumat
1 sudu besar sebuk cili - jenis kasar ( jika suka ) 
5 sudu besar tepung jagung ( jika anda penggamal diet Atkins sila abaikan )
serbuk roti putih ( jika anda penggamal diet Atkins sila abaikan )
2 biji telur
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam
Minyak

Cara²nya:-
Gaulkan semua bahan di atas kecuali tepung jagung, serbuk roti, telur, lada sulah dan minyak

Dan perap 1/2 jam

Dalam bekas lain pukul telur hingga kembang dan masukan lada sulah

Panaskan minyak menggunkan api sederhana

Celupkan ikan dalam telur dan masukan ke dalam bekas tepung jagung

Celupkan kembali ikan dalam telur dan masukan ke dalam bekas serbuk roti

Masukan ikan itu tadi ke dalam minyak yang telah panas ( minyak JANGAN TERLAMPAU PANAS akan menyebabkan luaran masak tetapi dalam masih mentah )

Bila sudah keemasan anggat dan ketepikan

Selamat mencuba! ;)

Tuesday 11 March 2014

Jus Diabetes @ Kencing Manis

Resepinya:

1 biji epal hijau
3 biji peria katak ( jika buah nya besar hanya 1 biji jika tidak 3 biji )
3 kacang buncis 
100 ml air


Cara²nya:-
Blender semua bahan di atas. 
Buat lebih dan dinginkan untuk di minum ketika haus dan setiap masa / hari.

Atau anda boleh cuba resepi ini juga

Resepinya:
1 biji epal hijau
1 biji peria
1 biji timun
1 btg seleri
1 lemon
500 ml air


Blender semua bahan di atas. 
Buat lebih dan dinginkan untuk di minum ketika haus dan setiap masa / hari.

P/S:- Dalam perubatan islam bahan yang digunakan hendaklah diambil dalam kuantiti yang ganjil. Sebab apa dan mengapa wallahualam bissawab....
Apa yang penting jaga pemakanan. Kurangkan makanan berkanji dan manis lebih elok JANGAN ambil terus gula walaupun dalam buah. Lebihkan sayur.





Petua Diabetes @ Kencing Manis - 1

Petua ini adalah untuk merangsang pankreas lebih aktif untuk menghasilkan insulin. Insulin peting dalam menaturalkan darah bagi pesakit kencing manis. Bagi mereka yang menghidap penyakit ini atau ahli keluarga bolehlah dicuba. Memang badan orang tidak sama apa salahnya jika di cuba jika berkesan alhamdulillah.

1 biji tomato ranum
1 sudu teh baking soda
100ml air

Cara²nya:-

Blend semua bahan di atas dan minum hingga habis.

Buat dalam 3hari berturut².

Apa yang penting jaga pemakanan. Kurangkan makanan berkanji dan manis lebih elok JANGAN ambil terus gula walaupun dalam buah. Lebihkan sayur.

Untuk petua diabetes @ kencing manis yang lain klik di SINI

Petua Diabetes @ Kencing Manis - 2

12 batang kacang panjang
1 biji tomato
300 ml air

Cara²nya:-

Blend semua bahan di atas dan minum hingga habis

Buat 2 kali sehari

Pagi selepas makan dan malam sebelum tidur

InshaAllah kadar bacaan gula anda akan turun

Apa yang penting jaga pemakanan. Kurangkan makanan berkanji dan manis lebih elok JANGAN ambil terus gula walaupun dalam buah. Lebihkan sayur.

Untuk petua yang lain klik di SINI


Chicken Grill - Menu Diet Atkins



1 ekor ayam - di potong 4
3 sudu besar mix herbs
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu besar serbuk paprika
Garam

Cara²

Gaulkan semua bahan di atas dan perapkan selama 1/2 jam atau semalaman

Panaskan kuali non stick dan panggang ayam tersebut hingga masak

Selamat mencuba! ;)

Sunday 9 March 2014

Egg Pizza - Menu Diet Atkins


Resepinya:-

2 batang hotdog brand ramly or honeychick ( dipotong serong )
2 biji telur
1/3 bawang holland
Lada sulah @ lada hitam
3-5 biji cili padi merah (kalau tak tahan pedas gantikan dgn cili merah besar )
Parutan keju ( ikut suka byk mana )
1 senduk minyak
Garam

Cara2nya:-

Panaskan kuali non stick bersama minyak

Pukul telur bersama lada sulah, dan garam hingga kembang

Gorengkan hotdog dan bawang 2-3 minit serta masukan cili, goreng lagi 2-3 minit

Masukan telur dan tutupkan kuali ( supaya permukaan telur masak ) dalam 2-3 minit

Kemudian taburkan keju di atasnya dan tutup semula

2-3 minit kemudian bolehlah diangkat.


Selamat mencuba! ;)










Tuesday 4 March 2014

As Beauty - Stok Mac 2014

Bismillahhirohmanirohim, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan izin dari Nya stok bulan Mac 2014 telah sampai ke tangan. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada saya.


PASTIKAN YANG ORI!


 

Apa itu AS Beauty? Untuk mengetahuinya dengan lanjut sila klik di SINI


Hanya day cream atau krim siang sahaja terdapat dalam bentuk 25gm

Berbezaan antara 15g ( kanan ) dengan 25gm ( kiri )


Berbezaan antara 15g ( kanan ) dengan 25gm ( kiri )





Sebarang pertanyaan, penempahan sila hubungi:- 




sms / whatsapp


IJA

H/P: 012 2710227


email : intanjuleana@hotmail.com



Monday 3 March 2014

Rempah Cajun

Kandungan dalam rempah cajun adalah seperti berikut :-


Resepi

2 sudu kecil garam
2 sudu teh Serbuk bawang putih
2 1/2 sudu teh paprika
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk bawang merah
1 sudu teh cili merah
1 1/4 sudu teh Oregano kering  
1 1/4 sudu teh Thyme kering
1/2 sudu teh serbuk cili  ( keping )

Caranya:-

Kacau rata dan sebati ke semua bahan di atas.

Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.

Sedia digunakan bila-bila masa




Jika anda mahu beli siap pun ada jual seperti  gambar dibawah. Terdapat di kedai bakery dan supermarket besar.

Cajun Spice Mix


Sunday 2 March 2014

Ayam Goreng Western - Menu Diet



Resepi
1/2 ekor ayam - dipotong ikut suka
2 sudu besar rempah cajun ( apa itu cajun? klik di SINI )
Minyak

Caranya:-

Gaul semua bahan di atas bersama ayam

Perapkan ayam selama  1/2 jam atau semalaman

Panaskan minyak dan minyak jangan terlampau panas dan goreng secara deepfried dengan api sederhana kecil. 

Jika minyak terlampau panas ayam akan kelihatan gelap seperti hangus tetapi tidak masak di dalam nya

Ini kerana dalam rempah cajun terdapat serbuk cili dan paprika yang menyumbang kepada merah kepada ayam.

Selamat mencuba! ;)


Saturday 1 March 2014

Inti Daging Lembu

kiri inti daging ayam / kanan inti daging lembu
Bahan²nya:-

300gm daging lembu - dicingcang atau beli siap
1/2 biji bawang holland
1 biji bawang putih - dicincang
1 teh lada hitam
Minyak olive @ minyak biasa
Garam
Perasa jika suka

Cara2nya

Panaskan kuali dan minyak

Tumis bawang bersama lada hitam

Masukkan daging lembu

Masak hingga empuk dengan api sederhana perlahan serta terbit minyak

Masukkan garan dan perasa

Selamat mencuba! ;)

Inti Daging Ayam

kiri inti daging ayam / kanan inti daging lembu

Resepi

300gm ada ayam - dicingcang atau beli siap  
1/2 biji bawang holland - dipotong dadu
5 - 6 biji cili padi merah ( boleh ganti dgn lada hitam biji ditumbuk kasar atau cili besar potong)
Minyak olive @ minyak masak
Garam
Perasa jika suka

Cara2nya:-

Panaskan kuali dan minyak

Tumis bawang bersama cili atau lada hitam

Masukan daging ayam cincang

Masak hingga terbit minyak dan ketepikan

Selamat mencuba! ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Kongsi Resepi.com