Bahan Utama - Keropok Kulit Lembu
Boleh Juga Menggunakan Kulit Lembu Segar Jika Ada
Boleh Juga Menggunakan Kulit Lembu Segar Jika Ada
Bahan²nya:-
Beberapa kulit lembu yang dah goreng - Bagaimana nak dapatkan kulit lembu ini sila klik ----> SINI
10 - 15 biji kecil padi kampung ( jika ingin pedas tambahkan lagi cili padi )
1 biji bawang merah kecil - ditumbuk
1/2 biji bawang putih - ditumbuk
1 inci kunyit hidup - ditumbuk
300ml santan pekat ( jika anda pengamal diet atkins sila guna santan kotak yang rendah karbo )
200ml air
1 biji kentang ( abaikan jika anda pengamal diet atkins )
3 - 4 helai daun salam
Garam
Ajinamoto ( jika suka )
Kelihatan Keropok Kulit Lembu Belum Kembang Sepenuhnya |
Masukan 100ml santan + 100 ml air beserta bahan-bahan yang telah ditumbuk, kentang, keropok kulit lembu dan daun salam.
Renehkan hingga kentang lembut dengan menggunakan api perlahan.
Tambahkan 100ml air dan 200ml santan, garam dan perasa.
Keropok kulit lembu akan memgambang dan mengeringkan kuah. Jika terlampau kering tambah air mengikut keingin anda. Jika mahu pekat tambah lg santan dan sebaliknya.
Masak hingga keropok betul-betul kembang.
Sedia dihidangkan
No comments:
Post a Comment