Nuffnang Ads

Saturday, 25 October 2014

Daging Salai Goreng Belado

Pada raya qurban yang lepas kami dapat merasa daging segar yang disedekahkan oleh orang... agak banyak jugalah dan bapa mertua telah menyalaikanya... satu hari mak mertua buat kan sambal ini peeerrrgghhh memang terrrrrbaikkk huhuu air tangan seorang ibu memang tiada bandingan kan!! walaupun simple tapi menyelerakan... 

Jika anda mempunyai lebihan daging quban yang masih belum dimasak lagi apa kata jom cuba resepi ini



Boleh tahan 1 minggu tanpa memanaskannya asalkan cili elok masak k!

Jika tiada daging qurban daging ais pun boleh juga tapi rasanya kurang manis la jika dibandingkan dengan daging segar



Bahan-bahanya:-

Daging lembu - disalai ( nak beli terus sila klik  DI SINI )
30 biji cili padi ( lebihkan atau kurangkan ikut suka kepedasan ) -ditumbuk
1 biji bawang merah rose - ditumbuk
1/2 biji bawang putih - ditumbuk
1/2 biji tomato - dihiris 
Garam
Perasa
Minyak masak

Cara-caranya:-

Hiris nipis daging yang telah disalai 

Goreng hingga garing angkat dan ketepikan

Guna lebihan minyak mengoreng daging dengan menumis kesemua bahan yang ditumbuk

Masakan cili dengan api serdahana kecil

Masukan tomato

Bila cili sudah elok masak masukan garam dan perasa

Kemudian masukan daging dan kacau rata, Siap!!!

Hidangkan dengan nasi panas-panas pasti berpinggan nasi tambahnya 


Selamat mencuba! ;)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Kongsi Resepi.com