Nuffnang Ads

Saturday, 25 October 2014

Daging Salai Goreng Belado

Pada raya qurban yang lepas kami dapat merasa daging segar yang disedekahkan oleh orang... agak banyak jugalah dan bapa mertua telah menyalaikanya... satu hari mak mertua buat kan sambal ini peeerrrgghhh memang terrrrrbaikkk huhuu air tangan seorang ibu memang tiada bandingan kan!! walaupun simple tapi menyelerakan... 

Jika anda mempunyai lebihan daging quban yang masih belum dimasak lagi apa kata jom cuba resepi ini



Boleh tahan 1 minggu tanpa memanaskannya asalkan cili elok masak k!

Jika tiada daging qurban daging ais pun boleh juga tapi rasanya kurang manis la jika dibandingkan dengan daging segar



Bahan-bahanya:-

Daging lembu - disalai ( nak beli terus sila klik  DI SINI )
30 biji cili padi ( lebihkan atau kurangkan ikut suka kepedasan ) -ditumbuk
1 biji bawang merah rose - ditumbuk
1/2 biji bawang putih - ditumbuk
1/2 biji tomato - dihiris 
Garam
Perasa
Minyak masak

Cara-caranya:-

Hiris nipis daging yang telah disalai 

Goreng hingga garing angkat dan ketepikan

Guna lebihan minyak mengoreng daging dengan menumis kesemua bahan yang ditumbuk

Masakan cili dengan api serdahana kecil

Masukan tomato

Bila cili sudah elok masak masukan garam dan perasa

Kemudian masukan daging dan kacau rata, Siap!!!

Hidangkan dengan nasi panas-panas pasti berpinggan nasi tambahnya 


Selamat mencuba! ;)


Tuesday, 30 September 2014

Gulai Lemak Daging Salai vs Rebung

Aruwah abah berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. Orang Negeri Sembilan tak sah makan tanpa gulai lemak.. gulai lemaknya pula pedas ( podeh ) dan dah tentu tentunya pekat!

Salah satu masakan kegemaran aruwah abah adalah Gulai Lemak Daging Salai campur pula dengan rebung....errrrrmmmmm yammy! hehheeh

Jom intai resepinya dibawah


Bahan²nya:-

400gm daging salai - dihiris nipis 
( bagaimana nak dapatkan daging / ayam / ikan salai klik --->  DI SINI )
500ml satan kelapa pekat ( jika ambil dari perahan kelapa hendaklah menggunakan 1 1/2 biji kelapa )
20 biji cili padi ( lebihkan atau kurangkan cili padi ikut suka ) - tumbuk 
1 biji bawang merah rose - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1 inci kunyit - tumbuk
Serbuk kunyit - jika perlu
1 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit - koyak
Rebung
Perasa
Garam
Air

Cara²nya:-

Masukan bahan yang ditumbuk, serai dan daun kunyit dan masukan 100ml santan dan 100ml air,

Renehkan sebantar 5-10 minit, masukkan rebung dan 200ml santan dan 150ml air,

Masakan hingga rebung lembut kemudian masukkan daging

Jika warna kuning kurang menyerlah masukan sedikit serbuk kunyit

Masakkan daging dalam 15 - 20 minit 

Masukkan garam dan perasa serta lebihan 200ml santan lagi.

Jika santan terlampau pekat masukan sedikit demi sedikit air ( di peringkat ini seelok-eloknya masukan air yang sudah di masak bagi mengelakkan gulai cepat basi ). Jangan terlajak masukkan air dikhuatiri gulai nanti menjadi cair.

Sedia dihidangkan dengan nasi panas dan ikan masin pasti nasi bertambah-tambahlah jawabnya huhuuhhu. 

Selamat mencuba!

Wednesday, 24 September 2014

Air Asam - Menu Diet Atkins

Nak dijadikan cerita suatu hari bapa mertua saya telah menyalai ikan sungai yang dijalanya pagi hari berkenaan.. saya mengambil kesempatan tumpang sekaki dengan menyalaikan ikan keli menu diet saya akan tetapi air asam tidak saya sediakan disebabkan saya mengamalkan diet low carb - diet atkins.

Air asam biasa menggunakan kicap, bawang dimana kandungan karbohiratnya tinggi dan terdapat karbohirat tersembunyi didalam perahan limau kasturi / nipis mahupun asam jawa.

Disebabkan tidak ada air asam untuk dicicah bersama ikan keli salai tadi adik ipar dengan tidak sengaja telah mencipta resepi simple ini akan tetapi ianya tidak memenuhi selera tekak beliau...air asam ini hampir dibuang olehnya tetapi ditegah oleh saya dari berbuat demikian.

Saya bertanyakan bahan-bahanya yang beliau digunakan untuk menghasilkan air asam ini, beliau memberitahu salah satu bahanya adalah gula... oh no! gula tidak boleh diambil semasa dalam diet ini.... itu pasal lah air asam tidak dibenarkan sebabnya ada air asam menggunakan gula sebagai perasa tambahan selain terdapatnya karbonirat tersembunyi...

Hrmmm tak rasa rugi...baunya mengancam plak tu! disebabkan perasan nak rasa saya ambil juga lalu dicicahkan bersama ikan keli salai tadi

Perrggghhhh pedasss n sedap!! Hehheeh nyata hari tersebut dikira cheat day....... laa laa laaa laaa

Disebabkan rasanya yang sedap, simple dan sangat senang jadi saya telah tukarkan kepada version diet atkins dimana saya telah mengantikan gula kepada stevia...

Asyik sos salsa saje naik muak juga kan hehehhe.... Jom kita cuba2 resepi ini


Bahan2nya:-

Cili padi ( ikut suka nak pedas letak la banyak ) - ditumbuk
1 biji bawang putih - ditumbuk
1 biji kecil bawang merah / rose - ditumbuk
1/2 biji tomato - dipotong dadu
Stevia 1-2 sudu kecil ( sudu kfc ) @ 1-2 peket equal stevia
3 - 5 sudu cuka apple
Duan kesum ( daun masak asam pedas / laksa ) - dihiris nipis
Garam

Cara2nya:-

Gaulkan semua bahan di atas hingga sebati dan siap di hidangkan

P/s disarankan untuk membuatnya dalam kuantiti yang banyak....simpan dalam peti ais....nak makan terus ambil saja tak payah nak tunggu lagi

Ketahanan tidak diuji... selagi elok makan lah ye


Selamat mencuba! ;)


Wednesday, 17 September 2014

Crispy Poori

Cuti am pada 16hb September 2014 memberi kesempatan pada ku untuk menyediakan crispy poori untuk anak-anak serta keluarga. 

Resepi telah diambil dari ibu saudara ku yang duduk di Jerlun, Kuala Kangsar di pula dapat dari kawanya.. heheh 

Ianya makan sihat untuk dimakan oleh seisi keluarga tak kira usia. Anak-anak pasti gemar kerana rasanya ranggup serta sedap!!

Jom kita intai resepinya

Imad, Adam ( anak asuhan ) & Tasnim mereka gembira menikmatinya

Roti Puri

Bahan2nya:-


1 1/2 cawan tepung atta ( tepung buat capati )
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu minyak sapi
1 cawan air atau secukupnya
garam
minyak utk menggoreng

- satukan tepung gaul bersama, garam & minyak sapi hingga menjadi serbuk roti




- masukan air sedikit demi sedikit
- uli hingga tepung tidak melekat pada tangan
- jika melekat taruk tepung atta sedikit demi sedikit
- rehatkan seketika adunan sediakan papan pencacai dan panaskan minyak




- ambil sedikit adunan dan bulatkan, canaikan adunan hingga nipis




- apabila minyak sudah panas, masukan adunan kedalam minyak panas tadi




- goreng hingga kuning dan garing, angkat serta toskan minyak nya

Kuah Dal

Bahan2nya:-


100 gm kacang dal -  direndam semalaman
2 biji bawang rose - dihiris nipis
1 biji bawang besar - dihiris nipis
2 biji bawang putih - dihiris nipis
6 - 8 tangkai cili kering - digunting 1 inci panjang
1 inci halia - dihiris bulat
2-3 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil biji sawi
1 btg kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji tomato- di belah 8
1 biji kentang - di potong kuib
1 biji lobak merah - di potong bulat atau panjang
garam
miyak utk menumis


Cara2nya:-


- rebus kacang dal hingga empuk dan masukan ketang




- dalam kuali panaskan minyak, tumiskan kayu manis, bunga lawang dan semua jenis bawang, halia dan cili
- masukan semua jenis rempah dan daun kari
- goreng hingga kuning dan camburkan bahan ini ke dalam periuk rebus kacang dal
- masukan tomato dan masukan garam apabila kentang sudah lembut

Selamat mencuba! ;)

Sunday, 7 September 2014

Mayonis Kewpie

Bagi mereka yang mengamalkan diet pasti akan berhati-hati mengambil makanan sehari... Mayonis juga terdapat pelbagai jenis dan pastikan anda melihat kandungan gula dan lain-lain yang boleh membantutkan diet anda..

sebagai contoh yang boleh diambil seperti dibawah


Carb
100ml - 10.8 (g)
15ml - 1.60 (g)


Carb
100ml - 19.7 (g)
15ml - 3.0 (g)




Carb
100ml - 1.8 (g)
15ml - 0.3 (g)

Untuk keterangan mengenai Mayonis Kewpie sila klik ke https://www.kewpie.com.my/?product=1

Thursday, 4 September 2014

Nasi Tomato

Jika anda perasan apabila memasak nasi tomato, nasi baryani, nasi mandy dan lain-lain nasi kecuali nasi putih menggunakan periuk elekrik pasti dasarnya akan berkerak tebal serta hanggus. Nasinya pulak ada yang mentah dan hancur akibat selalu dikacau.


Set Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Dalca + Jelatah + Papadom

Selalunya anda akan menumis bahan tumis terus ke dalam rice cooker. Cuba anda tumis di kuali atau periuk dahulu dan baru dimasukan ke dalam rice cooker. Anda akan dapati dasar periuk TIDAK berkerak tebal dan hanggus.

Seletah nasi masak

Pes Nasi Tomato

Bahan²nya

3 bawang putih - hiris
5 bawang rose - hiris 1 inci halia - ditumbuk 
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji Buah pelaga 
2 biji Bunga cengkih 

1 sudu besar lada hitam
1 inci Kulit kayu manis 
2 kuntum Bunga lawang 

1 batang serai - di ketuk
2 biji tomato - dihiris
1/2 tin puri tomato
3 sudu minyak sapi / majerin / butter
2 sudu minyak masak
1/2 cawan kismis ( jika suka )


5 cawan beras - cuci dan toskan 
Garam secukup rasa 
Air ( sukat dengan cawan beras lebih kan 1 cawan contoh 5 cawan beras 6 cawan air) 

1/2 cawan susu cair 
garam
5 sudu air panas
Daun pandan disimpul 

Cara²nya 


1. Cuci dahulu beras dan toskan

2. Didihkan air dalam rice cooker dengan daun pandan
3. Panaskan kuali masukan minyak masak, minyak sapi / majerin / butter dan tumis bawang merah kecil / besar, bawang putih, halia, lada hitam, serai dan rempah hingga kuning dan naik bau.
3. Masukkan puri tomato dan tomato hiris kacau rata dan masak hingga naik minyak. Jadilah pes nasi tomato.
4. Ketepikan sebahagian minyak dari pes nasi tadi sebelum memasukan pes ke dalam rice cooker ( memasukan minyak yang berlebihan dari pes tadi akan mengakibatkan dasar periuk berkerak dan hangus. Untuk mengelakkan pembaziran, minyak tadi boleh dimasukan dalam proses membuat ayam masak merah ).
4. Apabila sudah mendidih masukkan beras.

5. Dalam bekas lain masukan garam dan kacau dengan air panas hingga larut kemudian masukan susu cair kacau rata dan ketepikan.
6. Apabila nasi telah kering, kacau nasi dan curahkan susu cair separuh tutup semula dan biarkan masak dalam 8-10 minit lagi barulah dikacau. Tuang lagi saparuh susu lagi dan masak lagi 5-8 minit lagi dan lepas tu baru di kacau ( Jika selalu dikacau akan menyebabkan nasi hancur dan tidak berderai )


Nasi berderai cantik hanya menggunakan beras murah jew
7. Taraaaaaa dah siap dan boleh dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca serta jelatah mentah juga papadom

Tips
Tidak digalakan meletak garam semasa menumis atau semasa air mendidih. Ia akan mengakibatkan nasi akan menjadi patah kecil dan tidak memanjang walaupun menggunakan beras basmathi.

Selamat mencuba! ;)

Wednesday, 3 September 2014

Cream Puff

Hari jumaat waktu rehat yang panjang pada bulan puasa lepas saya dan rakan-rakan buat cream puff di pejabat..... alhamdulillah tak sia-sia kami mencubanya berbaloi-baloi

Bagi rakan yang belum pernah buat dan yang dah pernah buat jom cuba menggunkan resepi ini pulak... pasti hasilnya tidak mengecewakan anda


Pastry

1 cawan air
100 gm butter / marjerin
½ sudu teh gula
Secubit garam
125 gm @ ½ cawan tepung gandum
3 biji telur

Cara²nya

Satukan air, butter / marjerin, garam, gula ke dalam periuk dan panaskan hingga mendidih


Kecilkan api, masuk tepung, kacau dengan senduk kayu, kacau hingga adunan tidak melekat di periuk.Kacau cepat-cepat kemudian sejukkan



Setelah sejuk masukan adunan ke dalam mixer pukul dengan kelajuan rendah

Masukkan telur 1 persatu dan pukul dengan kelajuan sederhana hingga sebati dan adunan menjadi berkilat


Panaskan oven 180c. 

Aduanan tadi masukan kedalam pipping bag 

Paipkan adunan ke dalam dulang yang di lapik dengan baking paper atau gris kan dengan majerin saja.

Paipkan aduanan tadi jarak di antara satu sama lain. Kalau rapat nanti bila bakar adunan akan mengembang dan akan bercantum antara satu sama lain.

Cantikan saya paipkan cream puff
Jangan lupa jarakan antara satu sama lain

Bakar pastry tadi selama 20 - 25 minit atau hingga masak

Gunakan api atas dan bawah oven semasa membakar


Taraaaaa cantikan warna keemasan nya


Kastad 

2 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanilla
4 biji kuning telor
125gm gula halus
100gm mentega
½ cawan tepung jagung

Hiasan :
Papper cup
Gula ising

Cara²nya
Renihkan susu dan esen vanill dalm periuk
Dalam mangkuk lain pukul kuning telor, gula, tepung jagung hingga tidak bergentel
Tuangkan jagung dalam periuk, masak api kecil hingga pekat dan berbuih
Masukkan mentega, kacau dan tutup api

Cucuk sedikit pastry dan paipkan kastad ke dalam cream puff 


Lakukan hingga habis


Taburkan icing sugar ke atas cream puff sebagai hiasan


P/s sedap di makan setelah di masukan ke dalam peti sejuk



Bedakan dengan icing sugar....pasti tergoda

Sejukan dulu cream puff dalam peti sejuk sebelum dimakan

Selamat mencuba! ;)

Keropok Lekor Atkins

Jom kita cuba buat sendiri keropok lekor atkins. Ianya sangat mudah untuk membuatnya. Cuma rajin dan malas nak buat aje la huhhuuhuuh

Keropok Lekor ku

Bahan-bahannya:-

Ikan kembung / sardin / tamban
Soda bikabornat - hujung sudu
Garam
Minyak

Asingkan tulang dan isi ikan

Bersihkan ikan dan asingkan isi ikan dan tulangnya

Dan dipotong kecil untuk di blend

Isi ikan yang telah di blend

Masukan isi ikan tadi ke dalam blend kering dan blend hingga hancur

Lakukan hingga isi ikan habis

Kemudian masukan garam dan soda bikabornat

Gaul rata dan ketepikan




Panaskan minyak 

Sambil tunggu minyak panas, bentukan isi ikan tadi menjadi seperti keropok losong or lekor

Apabila minyak sudah panas masukan keropok yang telah dibentuk tadi

Gorengkan keropok tadi hingga masak

Sedia dimakan begitu saja atau cicah dengan sos salsa ( resepi Klik di SINI )

Selamat memcuba! ;)

Friday, 29 August 2014

AS BEAUTY Berdaftar Dengan KKM


Semua prodak AS Beauty adalah selamat digunakan. Sila rujuk di bawah untuk mengetahui no. rujukan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Product Search
NOMAL/NOT NOPRODUCT NAMENOTIFICATION HOLDER
1NOT121006063KAS BEAUTY SOAPZmn Makaha Enterprise
2NOT140203985KAS BEAUTY VITAMIN C SOAPZmn Makaha Enterprise
3NOT130201981KBody SerumZmn Makaha Enterprise
4NOT140505390KDC IMPROVED FORMULAZmn Makaha Enterprise
5NOT130201982KFACIAL ANTI AEGING SERUMZmn Makaha Enterprise
6NOT140505389KLOVE OIL FOR WOMENZmn Makaha Enterprise
7NOT140505391KNC IMPROVED FORMULAZmn Makaha Enterprise
8NOT131002517KSPA SOAPZmn Makaha Enterprise

Manakala untuk krim pula no. rujukan adalah seperti berikut:-

1 - Day Cream - NOT140303139K
2 - Night Cream - NOT140303138K

List di atas adalah senarai produk AS BEAUTY yg ber NOT baru. NOT lama telah tiada lagi dalam parasan


Apa itu AS Beauty?
Untuk mengetahuinya dengan lanjut sila klik

 SINI


Foundation & Compact Powder AS BEAUTY



AS Beauty juga ada mengeluarkan juga bedak asas dan bedak padat. 

Harga:RM45/RM47 (WM/EM)

Harga:RM45/RM47 (WM/EM)
Foundation

- Digunakan selepas penggunaan krim siang


- Berfungsi menutup cela di wajah dengan menghasilkan tekstur kulit yang kelihatan gebu, halus dan mulus (flawless)

- Krim yang ringan dan lembut memudahkan sapuan pada wajah sekaligus memberikan sentuhan natural.

Terdapat dalam warna natural/beige.






Harga:RM37.90(WM)/RM42.00(EM)

Bedak Padat (Compact Powder)

Gabungan formulasi hebat bedak padat untuk menghias dan memelihara kecantikan kulit wajah. Struktur bedaknya yang mudah diratakan membuatkan wajah kelihatan berseri dan menawan. Mengandungi Etyhexyl Methoxycinnamate dan Titanium Dioxide untuk melindungi kulit wajah dari sinar UV, Sesuai untuk semua jenis kulit.

Terdiri daripada 3 warna eksklusif:
- Kuning Langsat
- Kuning Pengantin
- Kuning Natural



Sebarang pertanyaan, sila hubungi:- 
sms / whatsapp  

IJA
H/P: 012 2710227

email : intanjuleana@hotmail.com



Penghantaran dibuat setiap hari ke seluruh Malaysia dengan





Ikan Keli / Ikan Sungai / Ayam / Daging Salai Home Made

Ayam Salai Setengah Ekor
1 kg Harga Pasaran ( RM 8.00 )  + Upah 
1 Ekor Ayam 1.5 kg X RM 8.00 = RM 12  + Upah RM12

Daging Salai
1 kg Harga Pasaran + Upah 

1 kg Daging RM 19 + Upah RM19
Ikan Sungai RM 5.00
3 Ekor

Ikan Sungai RM 5.00
3 Ekor



Ikan Keli 2 ekor
RM 5

sms / whatsapp

IJA



H/P: 012 2710227




email / fb : intanjuleana@hotmail.com


Penghantaran dibuat setiap hari ke seluruh Malaysia dengan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Kongsi Resepi.com