Nuffnang Ads

Tuesday, 3 June 2014

Fruit Tart


Resepi Kulit Tart
Sumber Dari Pn Azlita

170gm butter atau marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
350gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.


Kastad
Sumber Kolej Komuniti Hulu Selangor

1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastad
50 gula halus
secubit garam

Satukan semua bahan dalam periuk
Kacau atas api sampai pekat dan ketepikan biar sejuk

Jelly

2 sudu besar serbuk jelly
1 sudu besar gula halus
3 sudu besar air panas

Satukan semua bahan dalam bekas
Kacau hingga gula larut dan ketepikan

Buah-Buahan

Strawberry
Kiwi
Anggur

Buah di potong kecil

Sedikit coklat - double boil kan

Sapu coklat pada kulit tart
Paipkan kastad yang telah sejuk
Susun buah di atas kastad
Kemudian sapukan jelly supaya buah tidak jatuh dan tart kelihatan berkilat


p/s Sedap dimakan setelah disejukan

Selamat mencuba! ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Kongsi Resepi.com