Memang serupa bergedil kan.... tapi rasanya berbeza tau |
Bahan2nya:-
Bunga kobis - dipotong kecil dan direbus hingga lembut ( kalau rebus perah bagi air keluar kalau tak nanti goreng berderai ) atau kukus
Daging kisar ayam/lembu - digoreng tanpa minyak utk buangkan air
Cili api ( jika suka )
Sudu kecil lada hitam - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Bawang rose - ditumbuk
Daun sup - dihiris nipis
2 biji telur
Garam
Cara²nya:-
Campurkan kesemua bahan diatas KECUALI telur.
Dah sebati masukan sebiji telur KUNING SAHAJA.
Lebihan telur putih dan 1 biji telur lagi dipukul dan taruk garam sedikit.
Panaskan kuali dan minyak.
Bentukkan adunan tadi dan celup dalam telur kemudian terus masuk dalam minyak panas.
Biarkan masak 10 minit dulu baru terbalikan. JANGAN kerap terbalikan begerdil, khuatir akan pecah semasa mengoreng.
No comments:
Post a Comment