Bahan²nya:-
Ikan Dory - di potong serong ( beli kat tesco 1 pek rm 6.00 harga promosi )
1 sudu besar lada hitam - di tumbuk kasar
2 biji bawang putih - ditumbuk lumat
1 biji bawang merah - di tumbuk lumat
1 sudu besar sebuk cili - jenis kasar ( jika suka )
5 sudu besar tepung jagung ( jika anda penggamal diet Atkins sila abaikan )
serbuk roti putih ( jika anda penggamal diet Atkins sila abaikan )
2 biji telur
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam
Minyak
Cara²nya:-
Gaulkan semua bahan di atas kecuali tepung jagung, serbuk roti, telur, lada sulah dan minyak
Dan perap 1/2 jam
Dalam bekas lain pukul telur hingga kembang dan masukan lada sulah
Panaskan minyak menggunkan api sederhana
Celupkan ikan dalam telur dan masukan ke dalam bekas tepung jagung
Celupkan kembali ikan dalam telur dan masukan ke dalam bekas serbuk roti
Masukan ikan itu tadi ke dalam minyak yang telah panas ( minyak JANGAN TERLAMPAU PANAS akan menyebabkan luaran masak tetapi dalam masih mentah )
Bila sudah keemasan anggat dan ketepikan
Selamat mencuba! ;)