Nuffnang Ads

Wednesday, 4 December 2019

Sizzling Yee Mee



Bahan-bahanya

1/2 ekor ayam

5-8 bawang putih - ditumbuk
3 inci halia - ditumbuk
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk
8-10 tangkai cili kering - dipotong sepjg 1 inci
4-5 bijicedawan shitake segar atau kering (kalau guna yang kering rebus hingga kembang)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap cair
4 sudu besar kicap manis
4 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar gula
3-4 sudu besar tepung jagung
air secukupnya
garam & perasa
1 bungkus yee mee
5-6 batang sawi - dipotong dan dicelur
telur ikut suka

Caranya:-


- panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah ditumbuk halis hingga naik bau dan masukkan cili kering 


- setelah bahan yg ditumis hampir garing masukkan ayam cendawan dan di kacau rata 





- setelah ayam hampir masak masukkan semua jenis kicap dan sos tiram serta air


- renehkan masakkan ini15 minit lagi


- masukkan tepung jagung dan kacau hingga kuah menjadi pekat


- masukkan garam, perasa 




- panaskan kuali masukan yee mee serta kuah yang telah di masak terlebih dahulu tadi


- masukkan sawi dan pecahkan telur... sedia utk dimakan

p/s sedap di makan panas2 dlm hot plate bersama cili padi yg potong dan direndam dlm kicap cair

errrmmmmm yummy!!

selamat mencuba -;)


Friday, 23 August 2019

Sambal Hijau Padang

Prebret suami...  

Kalau pergi Kampung Baru, Kuala Lumpur wajib singgah ke Kedai makan minang. Salah satu menu yang akan suami ceduk dalam pinggan dia adalah Sambal Hijau Padang....

Sejak anak-anak membesar ini amat jarang kami ke Kampung Baru... terbit dihati nak cuba buat dan sepanjang 12 tahun perkhawinan inilah 1st trial Sambal Ijo Padang saya buat ðŸ˜‚😂😂 dek kerana teringin nak belajar prebret suami la katakan semua kalau boleh kita nak buat sendiri untuk dia kan.. so apa lagi pada peminat sambal hijau ini buat sendiri lagi berbaloi2 huhuuhuhuuh


Sediakan bhn2 seperti dlm gambar


Bahan-bahan lain
Garam 
Aji
3-4 titis Cuka
Minyak masak

Caranya2
⇒ Rebus semua bahan dlm gambar hingga layu dgn api sederhana dlm 10-13minit
⇒ Tapiskan dan biar seketika
⇒ Tumbuk cili2 dulu kemudian bwg2 last tomato
⇒ Panaskan kuali dan masuk minyak masak dlm 2 senduk
⇒ Tumis bahan2 yg ditumbuk dalam 8-10minit dgn api sederhana
⇒ Perasakan dgn garam dan aji
⇒ NO SUGAR YE masakan padang tak mggunakan gula ye
⇒ Goreng seketika dlm 5-8 minit kemudian titiskan cuka makan dan kacau2 seketika n padam kan api

Inilah dia hasilnya taraaaadaaaa... #pikatperutsuamidenganairtanganisteri hahahha

Sambal Hijau Padang

SELAMAT MENCUBA! ðŸ˜˜ðŸ˜˜



Tuesday, 27 January 2015

Gulai Lemak Kulit Lembu

Selain dimakan begitu saja, keropok kulit lembu juga boleh dibuat masak gulai lemak. Rasanya seperti makan lemak daging lembu atau tetel. 

Kalau orang negeri sembilan dah biasa akan menu ini sebegini...tapi mereka guna kulit lembu segar dimana jika ada kenduri kahwin pasti ada lembu yang tumbang... seekor lembu itu macam-macam boleh buat.. dari kepala hingga lah ke kaki...

Proses untuk membuat gulai kulit lembu yang segar agak remeh...dimana kulit kena salai..lepas salai kena kikiskan bulu dan rendam lepas tu jemur... pergghh memori yang tak leh dilupakan semasa zaman kanak-kanak. 

Kalau di KL carilah masakan Padang. Macam-macam menu esotik yang boleh dicuba seperti Gulai Lemak Usus, Gulai Lemak Tunjang, Gulai Lemak Tembusu, Gulai Lemak Lidah, Gulai Lemak Otak dan lain-lain lagi... hehehe lalu x lalu saja nak makan kan...Esotik sungguh makanan orang Padang, Indonesia.

Kebetulan pula saya berkahwin dengan orang Kerinchi, Padang. Jadi menu seperti ini sudah biasa untuk dimakan. 

Jom cuba resepi Gulai Lemak Kulit Lembu. 

Gulai Lemak Kulit Lembu

Bahan Utama - Keropok Kulit Lembu
Boleh Juga Menggunakan Kulit Lembu Segar Jika Ada



Bahan²nya:-

Beberapa kulit lembu yang dah goreng - 
Bagaimana nak dapatkan kulit lembu ini sila klik ----> SINI
10 - 15 biji kecil padi kampung ( jika ingin pedas tambahkan lagi cili padi )
1 biji bawang merah kecil  - ditumbuk
1/2 biji bawang putih - ditumbuk
1 inci kunyit hidup - ditumbuk

300ml santan pekat ( jika anda pengamal diet atkins sila guna santan kotak yang rendah karbo ) 
200ml air
1 biji kentang ( abaikan jika anda pengamal diet atkins )
3 - 4 helai daun salam
Garam
Ajinamoto ( jika suka )


Kelihatan Keropok Kulit Lembu Belum Kembang Sepenuhnya

Cara²nya:-



Masukan 100ml santan + 100 ml air beserta bahan-bahan yang telah ditumbuk, kentang, keropok kulit lembu dan daun salam.

Renehkan hingga kentang lembut dengan menggunakan api perlahan.

Tambahkan 100ml air dan 200ml santan, garam dan perasa.

Keropok kulit lembu akan memgambang dan mengeringkan kuah. Jika terlampau kering tambah air mengikut keingin anda. Jika mahu pekat tambah lg santan dan sebaliknya.

Masak hingga keropok betul-betul kembang.

Sedia dihidangkan

Tuesday, 13 January 2015

Ikan Salai A.K.A Smoked Fish


Dapur Tempat Menyalai

Menyalai Ikan Sungai




Ikan Kelai

Kerja-Kerja Menyalai Memakan Masa Lebih Kurang 8 Ke 9 Jam




Ikan Keli Yang Sudah Siap Disalai
Sedia Dimakan Begitu Shaja Atau Dimasak Sambal Atau Gulai Lemak Rebung Dan Sebagainya

Ayam Yang Sudah Disalai
Sedia Dimakan Begitu Shaja Atau Dimasak Sambal Atau Gulai Lemak





Sebarang pertanyaan, penempahan sila hubungi:- 

email : intanjuleana@hotmail.com

sms / whatsapp etc

IJA
H/P: 012 2710227

Saturday, 25 October 2014

Daging Salai Goreng Belado

Pada raya qurban yang lepas kami dapat merasa daging segar yang disedekahkan oleh orang... agak banyak jugalah dan bapa mertua telah menyalaikanya... satu hari mak mertua buat kan sambal ini peeerrrgghhh memang terrrrrbaikkk huhuu air tangan seorang ibu memang tiada bandingan kan!! walaupun simple tapi menyelerakan... 

Jika anda mempunyai lebihan daging quban yang masih belum dimasak lagi apa kata jom cuba resepi ini



Boleh tahan 1 minggu tanpa memanaskannya asalkan cili elok masak k!

Jika tiada daging qurban daging ais pun boleh juga tapi rasanya kurang manis la jika dibandingkan dengan daging segar



Bahan-bahanya:-

Daging lembu - disalai ( nak beli terus sila klik  DI SINI )
30 biji cili padi ( lebihkan atau kurangkan ikut suka kepedasan ) -ditumbuk
1 biji bawang merah rose - ditumbuk
1/2 biji bawang putih - ditumbuk
1/2 biji tomato - dihiris 
Garam
Perasa
Minyak masak

Cara-caranya:-

Hiris nipis daging yang telah disalai 

Goreng hingga garing angkat dan ketepikan

Guna lebihan minyak mengoreng daging dengan menumis kesemua bahan yang ditumbuk

Masakan cili dengan api serdahana kecil

Masukan tomato

Bila cili sudah elok masak masukan garam dan perasa

Kemudian masukan daging dan kacau rata, Siap!!!

Hidangkan dengan nasi panas-panas pasti berpinggan nasi tambahnya 


Selamat mencuba! ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ads

Kongsi Resepi.com